Serangan & Salah laku Seksual

Serangan seksual adalah SETIAP tingkah laku seksual yang tidak diingini terhadap seseorang yang dipaksa, didesak atau tidak disetujui (sama ada orang itu tidak memberikan persetujuan, tidak mampu memberikan persetujuan, atau telah menarik balik persetujuan mereka).

Ianya adalah satu jenayah

Perlu bercakap dengan seseorang? Hubungi responden pertama di kampus. Responden pertama dilatih untuk mendengar dan membimbing anda ke perkhidmatan sokongan yang betul, dan membantu anda membuat laporan jika anda memilih untuk berbuat begitu. Linda Lombardi adalah Responden Pertama di Arc @ UNSW. Sila telefon 93857672 atau emel l.lombardi@arc.unsw.edu.au

Lihat senarai Responden Pertama yang lain di UNSW di sini.

Sila baca sumber yang dihasilkan oleh pelajar kami, dan jika anda masih mempunyai pertanyaan, buatlah tempahan dengan pasukan Undang-undang & Advokasi kami melalui advice@arc.unsw.edu.au atau menalipon Arc Reception.

Persetujuan

APA ITU PERSETUJUAN?

Untuk melakukan hubungan seks, semua yang terlibat perlu memberikan persetujuan.

Definisi persetujuan yang sah juga mungkin berbeza dari satu negara ke negara lain, dan / atau negeri ke negeri.

Dibawah undang-undang terkini UNSW, persetujuan hanya wujud apabila seseorang secara bebas dan sukarela bersetuju untuk melakukan hubungan seksual.

Apakah maksud persetujuan itu?

1. Persetujuan mesti positif (mestilah 'ya' yang bersemangat - bukan kegagalan untuk mengatakan tidak). Ia dapat diberikan secara lisan atau dinyatakan melalui tindakan. Catatan: Walaupun seseorang dapat memberikan persetujuan positif melalui tindakan, dengan anggapan seseorang setuju untuk melakukan hubungan seks kerana anda menggoda atau mencium, atau kerana pakaian yang mereka pakai, namun ia TIDAK bermakna ianya sama dengan persetujuan positif.

Walaupun seseorang tidak menentang aktiviti seksual secara fizikal tidak harus dianggap sebagai persetujuan.

2. Persetujuan mesti diteruskan (jika seseorang bersetuju pada mulanya dan kemudian mengatakan tidak selepas itu, maka persetujuan tersebut ditarik balik). Catatan: persetujuan untuk satu aktiviti (mis. berkucupan) tidak secara automatik bermaksud persetujuan diberikan untuk yang lain (mis. Menanggalkan pakaian orang lain). Dan juga, hanya kerana persetujuan diberikan untuk seks disatu ketika tidak bermaksud persetujuan telah diberikan secara automatik untuk seks lagi di masa depan.

Undang-undang juga menunjukkan di mana seseorang tidak dapat memberikan persetujuan, seperti:

  • Mabuk atau dibawah pengaruh dadah
  • Gagal memahami apa yang dipersetujui (mis. sepatutnya persetujuaan adalah dimaklumkan)
  • Diintimidasi, dipaksa atau diancam
  • Menyerah diri kepada penyalahgunaan kuasa oleh golongan profesional atau orang yang di percayai
  • Ditahan tanpa persetujuan.
  • Kanak-kanak dibawah usia 16 tahun dan

Hubungan seks tanpa persetujuan adalah merupakan satu kesalahan seksual.

Kesalahan Seksual

APAKAH ITU KESALAHAN SEKSUAL?

·        Menyentuh (atau mengancam akan menyentuh) tubuh seseorang secara seksual tanpa persetujuan mereka. Sebagai contoh:

·        Memberi kucupan yang tidak diundang atau, tanpa persetujuan mereka

·        Menyentuh alat kelamin seseorang tanpa diundang

·        Dengan sengaja, menggeser alat kelamin anda ke atas tubuh seseorang tanpa persetujuan mereka

·        Hubungan seksual tanpa persetujuan Suatu tindakan tidak perlu melibatkan kekerasan atau kecederaan fizikal untuk menjadi serangan seksual - jika seks tidak dipersetujui, maka itu adalah serangan seksual.

·        Jenayah seksual tidak perlu melibatkan sentuhan fizikal. Jenayah seksual lain termasuk:

·        Melancap di hadapan orang lain;

·        Mendedahkan diri anda kepada orang lain;

·        Upskirting (mengambil gambar / video dari bawah skirt atau pakaian seseorang);

·        Voyerisme (atau "mengintip" - dengan sengaja memerhatikan seseorang yang melakukan perbuatan secara peribadi tanpa persetujuan mereka);

·        Dendam Porno (berkongsi gambar intim seseorang tanpa persetujuannya, walaupun anda mempunyai persetujuan untuk merakam video pada masa itu). Ia juga merupakan kesalahan untuk mengancam untuk merakam atau menyebarkan gambar intim;

·        Memfilemkan seseorang secara peribadi (seperti waktu mandi);

·        Gangguan Seksual merangkumi salah satu dari tingkah laku berikut (dan beberapa yang tidak disenaraikan):

·        Merenung atau menatap dengan secara seksual

·        Cubaan seksual yang tidak diundang (termasuk bersiul)

·        Komen mengenai penampilan fizikal anda

·        Soalan mengenai kehidupan seks anda

·        Jemputan atau permintaan seksual berulang kali untuk pertolongan seksual walaupun anda pernah menolak sebelum ini.

·        Mesej, teks atau e-mel seksual yang tidak diingini

yang berlaku semasa pekerjaan, di universiti, membuat bayaran untuk barangan dan perkhidmatan, serta sewa rumah. Gangguan seksual bukanlah perangai yang perlu diulangi berkali-kali: hanya satu kejadian boleh dianggap sebagai gangguan.

·       Menggunakan perkhidmatan telekomunikasi (yang merangkumi telefon, e-mel, pesanan dalam talian dan media sosial) untuk mengganggu seseorang dalam talian. Gangguan tidak semestinya berlaku secara bersemuka.

Melaporkan

Sekiranya anda pernah mengalami serangan atau gangguan seksual, ia merupakan pilihan anda untuk melaporkan (atau tidak melaporkan) kejadian.

Sekiranya anda atau sesiapa saja berada dalam bahaya dengan serta-merta atau memerlukan rawatan perubatan segera, hubungi 000.

BAGAIMANA MELAPORKAN KESALAHAN SEKSUAL?

Anda boleh:

·       Buat laporan rasmi atau tidak rasmi kepada Polis

·       Sila hubungi perkhidmatan sokongan, termasuk sokongan perubatan, kaunseling, dan / atau nasihat undang-undang

·       Buat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Australia, atau Lembaga Anti-Diskriminasi NSW (jika anda pernah mengalami gangguan seksual)

Sekiranya kejadian itu berkaitan dengan tempat kerja atau universiti anda, anda juga boleh:

·       Laporkan kejadian itu kepada majikan anda

·       Laporkan kejadian itu kepada UNSW melalui portal dalam talianUNSW

Soalan lazim dalam membuat laporan

Adakah saya perlu melaporkan sebarang insiden?

Tidak. Anda sentiasa mepunyai pilihan sama ada untuk melaporkan kejadian atau tidak.

Apakah yang akan terjadi jika saya melaporkan kepada Polis?

Ada dua cara anda boleh membuat laporan kepada polis

Anda boleh membuat aduan rasmi mengenai insiden berkenaan dengan menghubungi Balai Polis terdekat. Pegawai Polis bertugas akan membantu anda merakamkan kejadian yang berlaku dan mengatur bantuan perubatan/khidmat kaunseling untuk anda. Ini boleh menyebabkan siasatan jenayah (umumnya, polis tidak akan bertindak terhadap pesalah / memulakan siasatan jenayah tanpa persetujuan anda).

Sekiranya anda tidak mahu membuat aduan rasmi, atau ingin membuat laporan tanpa nama, anda boleh melaporkan kejadian tersebut melalui soal selidik Pilihan Pelaporan Serangan Seksual Borang ini dihantar ke Skuad Jenayah Seks dan boleh digunakan oleh polis untuk membantu membangunkan strategi untuk mengurangkan jenayah serangan seksual, dan untuk membantu dalam pendakwaan lain terhadap pesalah.

Bagaimana jika saya diserang oleh pelajar lain?

Dasar UNSW menyatakan bahawa semua pelajar dan kakitangan UNSW mesti bertindak mengikut undang-undang, dengan sewajarnya dan memperlakukan anggota komuniti UNSW yang lain dengan hormat - iaitu, tanpa gangguan atau diskriminasi.

UNSW telah membangunkan Dasar Kesalahan Seksual dengan khusus bagaimana universiti bertindak balas terhadap aduan gangguan seksual. Anda boleh mengaksesnya disini.

Sekiranya saya melaporkan kejadian, bagaimana kesannya terhadap saya di tempat kerja / uni?

·        Di pejabat: Majikan anda harus mempunyai polisi formal yang menggariskan cara melaporkan gangguan seksual. Majikan mesti mengambil semua langkah yang wajar untuk menangani aduan gangguan. Mereka tidak boleh mengabaikan aduan anda, memecat anda atau menghukum anda kerana membuat aduan.

·        Di uni: UNSW wajib menjawab sebarang aduan mengenai pelajar dan kakitangan dengan segera, dengan adil, sensitif dan penuh kerahsiaan. Anda tidak boleh mengalami kerugian secara langsung atas sebab membuat aduan kepada pihak uni.

Catatan: anda tidak boleh kehilangan visa pelajar atau hak anda untuk belajar di UNSW kerana melaporkan suatu insiden.

Saya tidak mahu melaporkan insiden tersebut. Apa lagi yang saya boleh buat?

Terdapat perkhidmatan sokongan lain yang dapat anda hubungi, termasuk: sokongan perubatan, perkhidmatan kaunseling, dan nasihat undang-undang.

Arc Legal & Advocacy dapat membantu anda memahami pelbagai pilihan pelaporan yang tersedia untuk anda.

Bagaimana jika sesuatu berlaku dalam talian?

Sebilangan besar laman media sosial juga mempunyai polisi tatakelakuan yang boleh diterima, jadi anda harus menghubungi penyedia platform.

Rakan saya telah diserang tetapi beliau tidak mahu melaporkan kejadian itu. Saya berpendapat bahawa mereka patut membuat laporan. Apa harus saya lakukan?

Keputusan mengenai apa yang harus dilakukan sentiasa berada ditangan orang yang mengalami serangan itu. Walaupun anda berpendapat bahawa melaporkan kejadian itu penting, ini mungkin bukan keputusan terbaik untuk rakan anda.

Sebaliknya: anda boleh membantu dengan mendengar dan menyokong mereka dan merujuk mereka kepada perkhidmatan sokongan.

Perkhidmatan sokongan

Sokongan Perubatan

Sekiranya anda pernah mengalami serangan seksual, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan perubatan.

Doktor boleh menguji dan merawat sebarang jangkitan kelamin dan membantu dengan kecederaan lain yang mungkin berlaku.

Setiap doktor diwajibkan untuk menyimpan lawatan & maklumat peribadi yang anda sampaikan kepada mereka sebagai rahsia.

Perkhidmatan Kesihatan UNSW terletak di Tingkat Bawah, Bangunan Quadrangle Timur, Kampus Kensington.

Untuk rawatan selepas waktu atau kecemasan, pergi ke hospital tempatan anda atau hubungi ambulans.

Hospital yang paling dekat dengan kampus Kensington adalah Hospital Prince of Wales yang terletak di Barker St, Randwick.

Kaunseling

Terdapat perkhidmatan kaunseling percuma dan sulit yang dapat anda hubungi apabila anda memerlukannya. Ia merangkumi:

Catatan: perkhidmatan ini juga tersedia untuk rakan & keluarga seseorang yang pernah mengalami jenayah seksual.

Disini adalah lain-lain pautan yang membantu serta daftar kontak yang juga dapat membantu menyokong anda.

Nasihat Undang-undang

Sekiranya anda seorang pelajar UNSW, Arc Legal & Advocacy sedia membantu. Anda boleh hubungi Arc Legal melaui emel, atau membuat temujanji melalui Arc Reception.

Pengiring Keselamatan Pengawasan Kampus

Sekiranya anda merasa tidak selamat di kampus, anda boleh meminta pengiring keselamatan dari kampus ke tempat letak kereta, perhentian bas, pangkalan teksi dan lokasi terhad di sekitar kampus anda. Ini adalah perkhidmatan percuma yang disediakan oleh pihak pengawasan kampus 24 jam sehari.

Anda boleh meminta khidmat pengiring keselamatan dengan menghubungi 9385 6000 atau 1800 626 003 atau dari mana-mana Titik Bantuan yang terletak di kampus.

Legal & Advocacy

P:(02) 9065 0900

E:advice@arc.unsw.edu.au

H:10AM - 5PM

Arc Reception

P:(02) 9065 0900

E:reception@arc.unsw.edu.au

H:10AM - 5PM

A:Gate 5 on High St, UNSW